Y2wenowtsmtzxqmop8se thumbnail 01

Kursus mini Makhraj Huruf (percuma)

Ketahui 6 kesilapan ketika menyebut beberapa huruf Al-Quran

   Watch Promo

“Kesan visual yang menarik serta cara pengajaran yang padat memudahkan permahaman...”

Muhamad Raydza, Peserta Syukran.com

Mengenai Kursus percuma Makhraj Huruf

Ustaz Hidayat Ismail akan berkongsi beberapa huruf Al-Quran yang sering berlaku kesilapan oleh pembaca Al-Quran. Kursus percuma ini mengandungi 6 video ringkas yang mudah difahami oleh semua peringkat dewasa dalam menghalusi ilmu “Makharijil Huruf".

Kursus percuma ini bertujuan untuk memberikan gambaran terhadap kaedah pembelajaran yang ringkas dan padat serta.

Di antara yang akan kita telah mempelajari:

  1. Cara sebutan huruf Ta yang betul (ت)
  2. Perbezaan huruf sin (س) dan tsa (ث)
  3. Mengenali huruf-huruf yang keluar dari kerongkong / tekak
  4. Cara menyelesaikan konflik menyebut huruf Ra (ر)
  5. Perbezaan huruf dzal (ذ) dzo (ظ) zai (ز)
  6. Mengenali keunikan huruf dhod (ض), hanya terdapat didalam bahasa arab

Kami harap ilmu ini dapat memberi pencerahan kepada anda dan juga disampaikan kepada keluarga dan rakan-rakan, insyaAllah.

Sebarang maklum balas sila hantarkan email ke [email protected] atau hiday[email protected] Terima kasih kerana menyokong usaha dakwah Syukran.


Instructor


Hidayat Ismail
Hidayat Ismail

Ustaz Hidayat Ismail berkelulusan pendidikan Islam di Universiti Ummul Qura', Makkah. Kini beliau merupakan ketua pendidikan Islam di Syukran dan juga aktif dalam kerja-kerja dakwah di Masjid-masjid serata Singapura. Beliau merupakan salah satu tenaga pengajar di Institusi Az-Zuhri dan bekas pelajar Madrasah Aljunied dimana pernah ketika dahulu mengaji secara khusus bersama Ustaz Afandi Ahmad.

Email: [email protected]


 

“Cara pembelajaran berserta ‘visual & slides’ yang tidak membosankan. InsyaAllah saya akan menggalakkan teman saya yang lain untuk cuba lihat kursus online di Syukran.com”



– Khadijah Yusof

Frequently Asked Questions


Bagaimanakah cara untuk menghubungi Syukran jika terdapat soalan-soalan lanjut?
Anda boleh hubungi saudara Shahib melalui email di [email protected] atau mesej dan whatsapp di 92270244
Berapa lamakah saya mempunyai ekses terhadap kursus ini?
Selepas anda menekan butang “Enroll” anda mempunyai ekses terhadap kursus ini pada bila-bila masa tanpa batasan waktu. Anda juga boleh mempelajari melalui komputer, talifon bijak dan di mana sahaja selagi mana anda mempunyai talian internet.
Bilakah kursus ini akan bermula dan berakhir?
Kursus ini bermula sejurus selepas anda menekan butang “Enroll” dan ia tidak akan berakhir. Ia merupakan “self-paced online course” iaitu mengikut kadar keselesaan anda.

Let's revisit Islamic knowledge today