Dmqekc4gqekiewv77fkx thumbnail 11

Hukum Nun Sakinah & Tanwin

Memahami kaedah pembacaan Hukum Nun Sakinah ( نون ساكنة ) dan Tanwin ( تنوين ) bertemu dengan huruf Hijaiyyah

   Watch Promo

Pengenalan

Nun Sakinah ialah Nun yang tidak berbaris ( ن ) dan Tanwin ( تنوين ) bertemu dengan huruf-huruf bahasa arab (Hijaiyyah). Ia merupakan hukum yang sering ditemui pada pembaca Al-Quran. Ia juga diantara hukum yang kompleks kerana terdapat pembahagian hukum dibawahnya.

Dalam kursus ini kita akan melihat satu persatu 4 keadah hukum dibawah Nun Sakinah dan Tanwin iaitu Hukum Izhar, Idgham, Iqlab dan Ikhfa'. Kursus ini juga akan memberikan contoh-contoh dan cara pembacaan serta analogi-analogi yang mudah difahami.


Apakah yang akan anda pelajari?

Pengertian Nun Sakinah & Tanwin secara dasar
Makna Nun Sakinah
Makna Tanwin
4 pecahan hukum dari Nun Sakinah & Tanwin
Makna dan huruf-huruf dan contoh Izhar
Makna, pecahan dan contoh Idgham
Makna, huruf dan hukum Iqlab
Makna, huruf dan contoh Ikhfa'
Tips membezakan Izhar dan Non-Izhar (Rasm Uthmani)


Jumlah video

Kursus ini terbahagi kepada 6 pelajaran asas dan 17 video keseluruhan. Jumlah masa yang diperlukan menonton video adalah 45min. Kepada pencinta Al-Quran dan tekun mempelajari Tajwid, kursus ini sangat membantu dalam memahami pelajaran yang mungkin memakan masa beberapa bulan untuk dikuasainya.


Instructor


Hidayat Ismail
Hidayat Ismail

Ustaz Hidayat Ismail berkelulusan pendidikan Islam di Universiti Ummul Qura', Makkah. Kini beliau merupakan ketua pendidikan Islam di Syukran dan juga aktif dalam kerja-kerja dakwah di Masjid-masjid serata Singapura. Beliau merupakan salah satu tenaga pengajar di Institusi Az-Zuhri dan bekas pelajar Madrasah Aljunied dimana pernah ketika dahulu mengaji secara khusus bersama Ustaz Afandi Ahmad.

Email: [email protected]


"Hakikatnya kadang kita ambil tidak endah terhadap perkara-perkara kecil atas sebab putus asa atau sebuk bekerja. Tetapi Ustaz Hidayat dapat menerangkan hukum ini, bagi saya susah, senang difahami dengan video-video pendek ini. Alhamdulillah"

- Nur Hidayah

Frequently Asked Questions


Bagaimanakah cara untuk menghubungi Syukran jika terdapat soalan-soalan lanjut?
Anda boleh hubungi saudara Shahib melalui email di [email protected] atau mesej dan whatsapp di 92270244
Berapa lamakah saya mempunyai ekses terhadap kursus ini?
Selepas anda menekan butang “Enroll” anda mempunyai ekses terhadap kursus ini pada bila-bila masa tanpa batasan waktu. Anda juga boleh mempelajari melalui komputer, talifon bijak dan di mana sahaja selagi mana anda mempunyai talian internet.
Bilakah kursus ini akan bermula dan berakhir?
Kursus ini bermula sejurus selepas anda menekan butang “Enroll” dan ia tidak akan berakhir. Ia merupakan “self-paced online course” iaitu mengikut kadar keselesaan anda.
Apakah mata wang utama yang digunakan di dalam pembelian kursus ini?

Kami menggunakan mata wang Singapore dolar.

Let's revisit Islamic knowledge today