9ifqvl3eqmmgkyy1fnuo thumbnail 04

Tajwid 3: Sifat setiap huruf

Berkenalan dengan 17 sifat huruf yang telah dibincangkan oleh Imam Al-Jazari secara mendalam berserta contoh pembacaan huruf

Apakah yang anda pelajari?

Anda akan mempelajari setiap sifat huruf yang diperkenalkan ulama terdahulu serta memastikan kaedah bunyi huruf tersebut sesuai dengan sifat yang disusun oleh para Imam Al-Quran.

  1. Pengertian sifat huruf
  2. Jumlah sifat huruf mengikut pendapat Imam Al-Jazari
  3. Sifat berlawan 1: Nafas yang mudah atau susah
  4. Sifat berlawan 2: Suara yang keras atau lembut
  5. Sifat berlawan 3: Arah suara keatas atau kedepan
  6. Sifat berlawan 4: Lidah yang hampir atau jauh
  7. Sifat berlawan 5: Sebutan jarak dalam atau luar
  8. Sifat tidak berlawan 1: Sifat yang bersiul (صفير)
  9. Sifat tidak berlawan 2: Sifat yang memantul (قلقلة)
  10. Sifat tidak berlawan 3: Sifat yang lembut (ﻟﻴﻦ)
  11. Sifat tidak berlawan 4: Sifat yang condong (ﺇﻧﺤﺮﺍﻑ)
  12. Sifat tidak berlawan 5: Sifat yang berulang (ﺗﻜﺮﻳﺮ)
  13. Sifat tidak berlawan 6: Sifat yang meluas (ﺗﻔﺸﻰ)
  14. Sifat tidak berlawan 7: Sifat yang memanjang (إستَطَالة)

Mengapa mempelajari sifat huruf?

Agar kita lebih peka terhadap setiap sifat dan cara membezakan huruf-huruf yang mempunyai persamaan dari segi tempat keluarnya (makhraj huruf) tetapi berbeza dari segi sifat.


Instructor


Hidayat Ismail
Hidayat Ismail

Ustaz Hidayat Ismail berkelulusan pendidikan Islam di Universiti Ummul Qura', Makkah. Kini beliau merupakan ketua pendidikan Islam di Syukran dan juga aktif dalam kerja-kerja dakwah di Masjid-masjid serata Singapura. Beliau merupakan salah satu tenaga pengajar di Institusi Az-Zuhri dan bekas pelajar Madrasah Aljunied dimana pernah ketika dahulu mengaji secara khusus bersama Ustaz Afandi Ahmad.

Email: [email protected]


Frequently Asked Questions


Bagaimanakah cara untuk menghubungi Syukran jika terdapat soalan-soalan lanjut?
Anda boleh hubungi saudara Shahib melalui email di [email protected] atau mesej dan whatsapp di 92270244
Berapa lamakah saya mempunyai ekses terhadap kursus ini?
Selepas anda menekan butang “Enroll” anda mempunyai ekses terhadap kursus ini pada bila-bila masa tanpa batasan waktu. Anda juga boleh mempelajari melalui komputer, talifon bijak dan di mana sahaja selagi mana anda mempunyai talian internet.
Bilakah kursus ini akan bermula dan berakhir?
Kursus ini bermula sejurus selepas anda menekan butang “Enroll” dan ia tidak akan berakhir. Ia merupakan “self-paced online course” iaitu mengikut kadar keselesaan anda.
Apakah mata wang utama yang digunakan di dalam pembelian kursus ini?
Kami menggunakan mata wang Singapore dolar.

Let's revisit Islamic knowledge today