Suatu hari Ustaz Hidayat, seorang guru agama mendapat permintaan menjelaskan beberapa isu-isu berkaitan Al-Quran melalui SMS dari teman-teman yang tidak dapat hadir ke kelas beliau.

Oleh yang demikian saya bantu beliau rakam video dan masukkan di Youtube. Setiap video disertakan grafik & visual agar memudahkan pembelajaran dan pemahaman.

Alhamdulillah sambutan sangat memberangsangkan, bukan sahaja dari pelajar mereka tetapi dari masyarakat umum.

Ini yang mencetuskan ide untuk menerbitkan video kursus lebih berstruktur yang akan memudahkan mereka yang ingin belajar tetapi terdapat komitmen lain. Agar ilmu tidak akan terputus.

Kursus tersebut adalah menghalusi sebutan Huruf. Dimana anda akan mepelajari dari asas makhraj huruf serta sifat-sifat tertentu yang menyempurnakan sebutan tersebut.

Pelajaran ini jika kita belajar di luar akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan kalau rajin.

Walaupun kita seakan belajar alif, ba, ta tetapi ia adalah asas dalam pembacaan Al-Quran. Jika kita tahu kaedah mulut kita dalam menyebut huruf-huruf tersebut, ia akan memberikan satu pencerahan dalam pembacaan.

Hari ini, kursus menghalusi sebutan huruf adalah kursus yang paling popular di Syukran.com , melebihi 200 peserta telah mengikutinya. Anda boleh lihat sendiri detail silibus dan kurikulum disini http://syukran.com/courses/sebutan-alquran

Seorang peserta, Mislehah Binti Juki, dari Kuala Lumpur berkata:

“Sebelum saya ikuti video tersebut, saya amat lemah dalam sebutan Makhraj juga hukum-hukum tajwid. Sepanjang saya mengikut video ini tanpa jemu dan berlatih hari-hari, Alhamdulilah sebutan makhraj saya bertambah baik. Bagusnya tentang Syukran.com videonya amat simple dengan penerangan yang jelas dan mudah difahami oleh setiap yang menuntunnya."

Saya nak sangat dengar pengalaman anda dalam mempelajari Quran. Atau mungkin anda merupakan guru Al-Quran. Boleh reply saya dengan tips serta kisah anda.