Alhamdulillah beberapa minggu lalu, Syukran.com telah diberi peluang untuk berkongsi bagaimana kami mengendalikan lelaman dan melihat proses menghasilkan satu kursus.

Kami masih kecil dan masih beroperasi di rumah bagi menjimatkan kos dengan menggunakan wang simpanan sendiri. Ini adalah kerana, kami percaya usaha ini dapat memberi banyak manfaat kepada setiap mereka yang ingin menuntut ilmu.

Saya secara peribadi menggalakkan anda untuk mencari guru dan belajar agama. Peranan Syukran.com hanyalah sebagai batu loncatan dan ulang-kaji ketika sambil bekerja atau mempunyai masa yang lapang.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Yusran, Haji Samad Selamat serta Adilah Samad kerana sudi berkongsi pengalaman anda dan menjayakan rancangan Aset tersebut.