Previous Lecture Complete and continue  

  Solat dalam keadaan sakit

Senario 1

Tidak boleh berdiri lama

  • Tidak mampu berdiri → Cuba berdiri semampu mungkin
  • Tidak mampu ruku’
  • Tidak mampu sujud

Senario 2

  • Tidak mampu langsung berdiri atau duduk
  • Hanya boleh berbaring
  • Maka hendaklah dia berbaring mengiring dengan muka dan bahagian tubuh menghadap arah kiblat dan sebaiknya mengiring atas lambung atau sisi kanannya.
  • Jika tidak mampu mengiring, hendaklah menelentang, dan diwajibkan mengangkat kepala dengan beralaskan sesuatu seperti bantal supaya muka dan bahagian depan tubuhnya menghadap kiblat.
  • Sedaya mungkin dengan sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah daripada ketika rukuk.
  • Jika tidak mampu, bolehlah dengan isyarat kelopak mata bagi setiap pergerakan solat.
  • Jika tidak mampu juga, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.
  • Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dengan cara lintasan niat di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat. Tangan pula diangkat seperti biasa ketika takbir.
  • Jika tidak berdaya, memadai dengan ucapan takbir ا َّلله أَ ْكبـر sahaja.

Senario 3

  • Dalam keadaan seseorang itu langsung tidak boleh bergerak kerana terlalu uzur atau
  • anggota badan dikelilingi peralatan dan mesin perubatan mahupun tiub bagi tujuan pengaliran darah, sodium mahupun oksigen dan sebagainya.
  • Maka bolehlah didirikan solat dengan cara lintasan di dalam hati yakni menggerakkan ingatan di dalam hati menurut tertib solat.
  • Keadaan yang sama juga boleh diaplikasikan bagi wanita dalam keadaan ketika sedang sarat hamil dan sedang menunggu masa untuk melahirkan anak sedangkan waktu solat sudah tiba.

Discussion
0 comments