Previous Lecture Complete and continue  

  Kenapa Umrah Hack with Kids?

Selamat datang

Dahulu kita ada buat Umrah Hack dimana kita ajar pasal travel tip dan Ibadah tip. Kali ini kita tambah satu lagi khusus mereka yang bawa anak kecil.

Ini merupakan bengkel 3-jam, khusus kepada Ibubapa yang akan berumrah dengan anak kecil. 

2 Mac 2019 - http://syukran.com/p/umrahkids/

Terus terang ia memang mencabar, kerana bukan sahaja "the act of travelling but also Ibadah itself".

Kita berharap agar dengan membawa anak-anak, mereka akan lebih menghayati perjalanan dan mencipta memori yang berpanjangan.

----------------

Penyampai

----------------

Chef Bob aka Shahrizal Salleh

Ustaz Dayat Ismail

Ustaz Mohd Nor Mustaqim Abdullah

Ustazah Norul Haslinda 

Shahib Amin

----------------

Antara pelajaran yang akan dipelajari:

----------------

→ Travel with kids tip: Apa persiapan untuk anak-anak yang perlu kita ketahui.

→ Travel tips: Apa nak bawa, apa yang tidak perlu bawa. Cara untuk “save space” ketika packing.

→ Aktiviti ketika di Makkah selain solat jamaah. Pergi ke tempat-tempat didalam Masjidil Haram seperti perpustakaan dan dimana boleh kita dapat buku-buku percuma. Membuat sumbangan dengan memberikan makanan.

→ Aktiviti bersama anak-anak di Tanah Suci. Kita dengarkan bagaimana Ustaz Mustaqim dan isteri ceritakan kisah-kisah nabi dan para sahabat kepada anak mereka.

→ Fiqh Musafir. Bagaimana untuk solat dihadapan kaabah. Tip bagi mendapat tempat duduk di Raudhah. Memakai ihram yang efektif.

→ Informasi tempat-tempat sejarah yang jarang diziarahi di Madinah oleh agensi-agensi pelancongan.

→ Tempat membeli-belah yang murah serta kedai makan alternatif selain makanan di Hotel yang patut anda cuba.

----------------

Pendaftaran dan Yuran

----------------

Yuran: $35 seorang / $60 berdua

Anda boleh buat pembayaran melalui Paynow ke 8613 2794 (Ustaz Hidayat Ismail) dan Whatsapp bukti pembayaran dan pertanyaan.

Sila ke http://syukran.com/p/umrahkids/ untuk tonton video-video dan maklumat lanjut.

https://www.facebook.com/events/359210754915069/

----------------

Di mana?

----------------

Kita akan adakan di Masjid Muhajirin Braddel road.

Ia akan diadakan pada 2 Mac selepas zuhur.